
Navigation
Blog Archive
Labels
- Merapu (53)
- Cor2upted Art (21)
- Cor2upted Ode (15)
- Internet (14)
- Layout (10)
- Pc Stuff (9)
- Movie (7)
- Music (7)
- Huha (2)
- Lyric (2)
- Revival Project (2)
- Tips n Infos (2)
- Food (1)
- Interest (1)
Funstuff
My Other Links
Sunday, December 21, 2008
Monday, December 15, 2008
The Shawshank Redemption (1994)

The Shawshank Redemption, a movie recomended by my friend, which his review can be count, is a very good old movie. Yeah, I like most of the movie with Morgan Freeman in it but this movie was one of the movie that can show when I say, storyline is the most important yet 'cheep' part of a movie.
The movie doesn't have any mind blowing effects or cool high tech stuff. All I like about it was plaintly a good, carefully planned plot and of course, good acting.
This movie would be one of my all time favourite.
A Crap about
Movie
by
vexedprob
at
12:07 PM
0
comments
Sunday, December 14, 2008
Cicakman 2 - Planet Hitam (2008)

Apa yang aku boleh katakan? Sebenarnya aku kadang-kadang malas nak tengok citer melayu. Tapi sebab semangat kemelayuan aku yang tinggi, dan semangat nak support cerite tempatan, dan sebab member aku ajak, aku pegi la tengok citer nih. Nasib baik Twilight tak showing. Kalo tak mau hilang aku. Ahak.. tunggu DVD Rip sudah.
Cerita nih bagi aku boleh la nak dilayan. Kalau dibandingkan dengan citer tempatan yang lain, kire ader gak la halwa mata untuk aku. Grafik dier average la. ader scene yang lawa. Ada yang katun sgt. Tapi aku tak kesah. Aku tau, takan nak buat orang betul kene langgar. Tapi apasal citer omputih buat cam real jer. Hmm...
Pasal premis dia kire boleh la jugak. Pasal nak konker dunia dengan mencemarkan air. Cuma apa yang aku tak suka pengolahan dia. Takder detail. Lepas tuh, jalan cerita plak, nipis sangat. Cam malas nak pikir jer. Ader ke patut, si Profesor tuh boleh dapat sokongan orang dengan satu ucapan jer. Rasa cam nak kelua panggung jer masa tuh. Tapi tak tau la kot-kot mentaliti penduduk metrofulus memang senang di tipu media. Kalau dia boleh buat cerita nih detail sikit, agak-agak aku mesti best.
Amani, nasib baik la ader awek buta nih. Bleh gak aku layan jiwang. Dulu aku suker tengok minah nih masa dier rambut panjang. Sekarang nih aku tgk jer la.
Apek, aku rasa aku dah bosan dengan lawak fizikal yang dibuat-buat. Aku duk tunggu-tunggu cerita dier yang secara fizikal dier nih cool, tapi lawak dari segi ayat, atau perkataan, bukan lawak yang dibuat-buat.
Jadi cerita ini, selepas aku bukak minda, rendahkan rate aku, aku rasa masih boleh dilayan.
A Crap about
Movie
by
vexedprob
at
10:26 AM
0
comments
5 Centimeters Per Second (2007) - Aku tak perlukan jalan cerita untuk ini.
Tetapi, ada satu cerita, anime jepun, yang aku kagumi. Satu cerita yang tanpa jalan cerita, dapat membuatkan aku tercongok didepan monitor aku nih. Yang tanpa suara dapat membuatkan aku merenung setiap scene. Satu cerita yang boleh membuatkan aku terlekat di kerusi plastik ini selama 1 jam 2 minit 45 saat tanpa memahami aper cerita itu.
Serius, kalau cerita ini hanya ada gamba, tanpa suara, tanpa jalan cerita, aku tetap akan habiskan setiap scene. Aku sukakan detail lukisan untuk cerita ini. Memang lawa.
A Crap about
Movie
by
vexedprob
at
9:33 AM
0
comments
Thursday, December 11, 2008
Hard Disk @ DVD?
Sambil menunggu DVD ke-5 aku ini di'bakar', dan jugak melihatkan kuantiti DVD+R aku yang semakin susut ini, aku tertanya-tanya,
"Hard Disk @ DVD?"
Satu persoalan yang sungguh menarik bagi aku, dan seingat-ingat aku, sudah beberapa kali persoalan ini timbul dikala dialog box yang menarik itu kelua di taskbar aku,
"Your drive is almost full, please bla bla bla..."
Jadi soalannya, perlukah aku beli hard disk baru, atau beli DVD kosong dan meneruskan aktiviti mem'bakar' ini dari semasa ke semasa. Hmm, nampaknya persoalan ini perlu dipertimbangkan sekali lagi.
Pros
Hard disk - Sebuah hard disk mempunyai kapasiti yang besar dan agak menyenangkan hidup. Untuk 'mobility' pula masih boleh di mudahkan dengan menggunakan external adaptor. Dengan hard disk, aku cuma perlu copy, past, download, tanpa perlu aku melalui sesi membakat ini yang mana amat dialu-alukan oleh kemalasan aku ini. Mungkin selepas beli hard disk yang berkapasiti agak besar, fikiran aku akan tenang dari masalah ini buat seketika walaupun di suatu ketika dulu aku pernah memperkecilkan kebolehan aku untuk memenuhkan hard disk seperti sekarang. Sekurang-kurangnya sekarang aku rasa cukup.
DVD - Untuk DVD, selalunya lebih murah, dan lebih menyenangkan untuk dipinjamkan walaupun hati terasa berat untuk melepaskan. Dan jika cd itu rosak, adalah kurang terkilan kerana dalam satu DVD takkan boleh memuatkan lebih dari 10 cerita. Masih boleh dicari balik.
Cons
Hard disk - Hard disk adalah kalau diikutkan lebih mahal dari pada DVD. Dan untuk jangka masa panjang, agak susah untuk penyimpanan kerana jarang-jarang orang ader rak untuk Hard disk (walaupun aku kenal sorang yang ada). Motherboad aku mungkin cukup untuk memuatkan mazimum 6 Hard disk jika aku tidak menggunakan CD Rom. Dan penggunaan tenaga nya adalah tidak memberangsangkan. Nak kena beli power suply baru la jawabnya. Lagi satu masalah untuk hard disk, cuba bayangkan takkala hard disk 1TB itu penung dengan lebih kurang 1000 cerita terisi didalamnya, tah macam mana terjatuh (atau pun aper-aper defect yang mungkin berlaku), mau luruh jangtung aku.
DVD - Untuk DVD pula agak melecehkan kerana aku terpaksa ada sesi mem'bakar' seperti sekarang yang mana amat memakan masa. Dan satu lagi masalahnya adalah apabila DVD-DVD ini dipinjam, kebarangkalian untuk dipulangkan balik amat-amatlah rendah. Kepada member-member aku, aku masih menunggu DVD aku tuh walaupun aku dah terlupa cerita apa korang pinjam. Dari segi 'reliability' pula, DVD amat-amatlah tidak boleh diharap, kerap juga la ianya tidak boleh dibaca.
Price/Capacity ratio
Untuk ini kita bukak balik buku matematik darjah 5.
Soalan:
1.) Jika satu 50 keping DVD berharga RM50, dengan kapasiti 4GB setiap satu, berapakah kapasiti yang boleh didapati dengan RM400?
Jawapan:
RM50 = 50pcs
50x4GB = 200GB
RM50=200GB
RM400=1600GB/1.6TB
Hard disk RM400 = 1TB
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa hargaya takda la berbeeeezaaaa sangat. Lebih 600GB jer DVD dari hard disk. Uhuk...
Kesimpulan
Atas sebab sebab tersimpul kepala otak nih, dan jugak dalil-dalil diatas, aku rasa baik aku beli DVD jer la. Jangan layan sgt kemalasan aku nih.
Dan aku jugak tak dapat bayangkan la kalau aku beli hard disk 1TB, pastuh bila dah penuh, dengan kandungan yang lebih kurang 1000 cerita tuh, tiba-tiba dibuatnya nak kene, rosak, huhu, mau seluruh jiwa raga aku hancur, 3 hari 3 malam aku berkabung. Jadi untuk mengelakkan aku jadi gila dikemudian hari, baik aku beli DVD jer la.
*Hasil tangan aku hari nih*
A Crap about
Pc Stuff
by
vexedprob
at
3:26 PM
2
comments
Raye?
A Crap about
Merapu
by
vexedprob
at
1:33 AM
0
comments
Tuesday, December 02, 2008
Mak ayah ko ko panggil nenek eh?
Di suatu petang, aku dan member-member aku dengan tidak segan silu menyerbu rumah-rumah terbuka yang dibuka secara rasmi atau tidak rasmi pada raya Aidilfitri yang lepas.
Ketika sedang asyik melayan mee goreng di rumah yang aku dah lupa ke berapa, ketika member aku menyelongkar gamba-gamba dalam EOS aku, aku ditanya soalan yang penuh tanda tanya. Soalan yang menyebabkan aku terkelu seketika.
Takkala aku sedang makan, takkala mereka-mereka (termasuk aku) dengan penuh tidak beretika nya makan sambil bercakap-cakap, ketika hiruk pikuk kunyahan + suara-suara sumbang yang keluar, Tiba-tiba...
Sambil menunjukkan gamba dalam EOS aku, gamba nenek aku, seorang Hamba Allah ini bertanya,
"Mak ayah ko ko panggil nenek eh?"
Aku hang seketika, hiruk pikuk menjadi sunyi, kunyahan-kunyahan terhenti, aku mula berfikir seketika.
Takkala ketawa-ketawa sumbang memecah kesunyian, ketika Otak ku mula beroperasi balik, baru aku paham soalan itu,
"Mak kepada ayah aku aku panggil nenek ke?"
Sungguh tinggi bahasa Hamba Allah itu. Dan tanpa segan silu, aku mengutuk (dalam nada bergurau dengan kejam),
"Aperkesusah sangat soalan kamu nih, tanya jer la, nenek ko ko panggil nenek ke?"
Huh, sungguh menduga akal soalan itu.
A Crap about
Merapu
by
vexedprob
at
10:37 PM
0
comments







