/* open id */ /* open id */ The Untamed Problems: April 2009

Friday, April 24, 2009

Minggu Giler.

Ya, minggu ini agak kecoh buatku. Semuany gara-gara "awek" ku si EOSy nih. Dier yang sakit aku plak yang sengsara (ok tak definasi untuk awek nih?). Haha.
 
Kenapa Si EOSy aku nih sakit? First penyakitnya adalah selepas trip aku ke Terengganu. Lense AF 70-300 dier tiba-tiba lekat tak boleh dibuka. Selepas aku hantar pegi Canon SC, rupa-rupanya lense tuh dah patah kat dalam. Jadik aku peram la seketika.
 
Penyakit kedua, aku dapat pertama kalinya kesan ketika ader Hot Air Ballone Festival dekat Putrajaya. Auto fokus kit lense 450d ku tuh plak meragam. Dier taknak fokus. Maka dengan tak segan silu aku telah meminjam kit lense 350d dari member aku untuk sementara waktu.
 
Jadi minggu ni aku terbuka hati plak nak pi repair semua bendalaah tuh sbb aku keje malam, jadi siang masa office hour belh la aku pegi, kata otak aku yang tak berape center. Hari selasa hari tuh, lepas balik keje lebih kurang pukul 9 pagi, aku tidur la seketika sampai ke tengah hari. bangun dari tidur, selepas bersiap-siap+makan ala kadar, aku pegi la ke Canon SC dekat Subang dengan Kuda cabuk aku tuh digagahkan dengan setin Livita. Lepas aku tinggal kit lense 450d aku, aku pun terus ke Futuromic, tamron punya SC dekat Kota Damansara. Sampai je aku dah flat, aku singgah la dekat rumah makcik aku dekat Kelana Jaya. Makan nasik lemak sepinggan, pastuh tanpa segan silunya aku  tidor atas kerusi malas...
 
Pukul 6 petang aku balik ke Bangi, bersiap pegi keje.
 
Keesokan petangnya aku dapat call dari Futuromic,
 
"En T(bukan nama sebenar), lense En dah siap, dah boleh datang amik yer terima kasih"
 
"Berapa cas nya?" Tanya aku sambil berkira-kira duit dalam poket.
 
"Tak payah bayar En, warranty cover lagi"
 
Dengan tersenyum aku menamatkan panggilan itu lalu pun menyambung kerja aku yang diganggu tadi, tidur...
 
Aku ingat mesti lense Canon aku tuh tak siap lg minggu nih, minggu depan aku shift siang, susah plak nak monteng. Lagipun kalo tak silap Canon bukak sampai pukul 7.30 kot. Boleh la pergi lepas kerja.
 
Jadi, pagi Khamis semalam, habis saje keje, berbekalkan setin Redbull, aku menunggan kudaku ke Damansara. Dengan hati berbunga-bunga aku tekan loceng lalu masuk penuh harapan. Keluar sahaja dari bangunan itu, di tangan ku adalah EOS aku dengan lence 70-300 itu dan beberapa gamba diambil untuk melepas gian. Sambil dok menembak tu aku cuba-cuba la call Canon CS.
 
"Hari Selasa hari tuh saya ada hantar lense, saya tau baru 2 hari tapi saya sekarang ada dekat-dekat kawasan tu jadi bleh saya tahu status tak?" tanya aku penuh sopan santun bak lelaki melayu sejati.
 
"Boleh saya dapatkan no resitnya tak En?"
 
"bla bla bla" aku memberi no resitnya.
 
"Sebenarnya tak siap lagi, tapi sebab En ada dekat-dekat sini nanti saya sambungkan kepada technician. En tanya la bila boleh siap" kata awek yang jawab telefon itu.
 
"Prot pret prot tuuutttt..." Perbualan aku dengan lelaki itu
 
"En T, lense En T ni kami bleh siapkan paling awal esok."
 
"OK" kata aku dengan hampa.
 
Lalu aku meneruskan perjalanan aku ke Gombak pula untuk singgah di rumah makcik aku yang lagi satu. Dan dengan berbekalkan nasi goreng+daging goreng+ayam kari, aku pun tidor dengan perut yang senang dirumah makcik aku ini.
 
Keesokan harinya ketika aku sedang tidur selepas pulang dari kerja, lagu Butterfingger-Garden City Of Light berbunyi menandakan masuknya mesej kedalam NGAGE ku.
 
"Your lense bla bla recipt no bla bla has finish bla bla please pick up bla CHARGE FREE bla bla"
 
Dan dengan hati yang berbunga-bunga membaca 2 perkataan utama diatas, aku pun menyambung proses hibernasi aku sehingga ke tengah hari.
 
Tengah hari itu selepas solat Jumaat, dan selepas memenuhi keperluan zahir perutku, aku terus menuju ke Subang. Selepas setel hal ehwal pengambilan balik lense aku tuh baru aku perasan yang aku luper nak cas kedua-dua bateri kamera aku. Dengan penuh kemusykilan aku menuju kerumah. Selepas lvling Tanker aku dalam Luna online yang aku abaikan minggu ini seketika, terpaksa lagi aku menuju ke tempat kerjaku malam ini.
 
Esoknya, mampukah aku menghabiskan minggu ini tanpa pengsan akibat kekurangan tidur? Esok pukul 7.15 pagi aku kene menghadirkan diri ke Walkaton (bukan megatron) anjuran saper tah dekat NIOSH. Selepas itunya pula mungkin akan aku ke Gelangang futsal memberi sokongan kepada team Office aku yang menyertai perlawanan Futsal antara Department. Kenapa aku tak join? Kaki aku dah tak kenal bola. kang kaki jugak yang dier carik. Dan malamnya, walaupun ada kemungkinan besar aku tak nak / tak larat nak pegi, adalah perlawanan akhir bolasepak Kelantan-Selangor.
 
Dengan berbekalkan sedikit tenaga yang ada, dan eyebag di mata, akan aku gagahi malam ini seadanya. Sekian

Almost shed my tears

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY

Sunday, April 19, 2009

A Pointless Blog - Review?

Setelah sekian lama blogpage ini hidup, tanpa aku begitu bersungguh-sungguh mengisinya, akhirnya ianya telah dijumpai oleh org yang mengetahui aku punya 'kriptonite'. Dan kami telah berdebat panjang tentang blog ini.
 
Sebelum aku meneruskan lebih lanjut tentang post ini, meh aku terangkan seba sedikit tentang mangkuk ayun nih. Si mangkuk ayun nih member aku yang dah lama, seorang lelaki, kawan yang memberi erti kawan, yang terlebih mengenali aku. Dia nih aku cakap mengetahui aku punya 'kriptonite' adalah kerana dia terlebih memahami aku, yang pernah aku bagitau peraturan yang aku ikut, character aku, yang mengetahui pemikiran aku. Si mangkuk ayun nih adalah seseorang yang tanpa segan silu mengutuk aku kalau aku buat salah, dan juga tidak mudah berkecil hati jika aku kutuk balik. Jadi setelah beberapa lama sesi kutuk mengutuk tanpa batasan dan masih lagi kekal sebagai kawan, kami bagaikan tahu apa 'standpoint' masing-masing, apa yang kami kesah, apa yang kami buat tak tau.
 
Dan setelah sekian lama kami tak bertegur sapa atas sebab-sebab tidah berada di kawasan geology yang sama, tah apa mimpinya Si mangkuk ayun nih menegur aku.
 
 
mangkuk ayun : Weit, vexedprob.blogspot.com tuh ko punya eh? Tak bagi tau pon ko ader blog.
 
aku : a ah.. pesal?
 
mangkuk ayun : Apebenda ko mengarut dalam tuh tuh? cam takder motif jer.
 
aku : memang tader motif pon, aku sajer-sajer jer testing
 
mangkuk ayun : tak abis-abis testing, mana main blog ko?
 
aku : aku takder blog ler.. tuh la blog aku, tapi aku tak blogging pon.
 
mangkuk ayun : apasal?
 
aku : malas
 
mangkuk ayun : malas delete la...
 
aku : suka ati aku la nak delete ke nak buat aper. yang ko sebok tuh apasal?
 
mangkuk ayun : takder la, vexedprob tuh bukak ko nyer trademark ker. aku google jumpa blog ko, tapi tah apa-apa isiknya.
 
aku : blog tuh aku buat testing layout jer dulu-dulu masa aku blajar web design.
 
mangkuk ayun : apasal tak terus blogging jer?
 
aku : malas. ahak..
 
mangkuk ayun : tak kemana malas ko tuh..
 
aku : bukan ker kemalasan tuh aku nyer best and worse trait. sama cam ego. :P
 
mangkuk ayun : memang la. malas ngan ego memang ko nye kelebihan, ko punya identity, tapi ko gak cakap, malas ko, ego ko unik.
 
aku : memang ler... setiap orang unik, malas aku yang menjadikan aku aku... ego aku yang membentuk aku.
 
mangkuk ayun : camner ngan ko nyer kemalasan untuk tak buat benda-benda yang tak berfaedah?
 
aku : berfaedah aper benda tuh
 
mangkuk ayun : berfaedah menda.
 
aku : haha
 
mangkuk ayun : ko dah ader blog tuh, aku rasa baik ko blogging jer. ko kan dalam pikirannya. orang cakap hitam ko cakap putih. ko gak cakap semua benda ada 2 side.
 
aku : aku tak tau nak tulis pasal apa.
 
mangkuk ayun : Ko tulis la pasal hidup ko ker, member-member ker, ko kutuk sape-sapa ker, ko kan terer mengutuk sbb ko mmg terkutuk.
 
aku : cis, kalu aku dah start mengutuk nanti aku takleh stop. kang tak pasal-pasal aku kene ban ngan member-member aku.
 
mangkuk ayun : alah aku tak kesah pon
 
aku : ko memang sengal, sebab tuh ko tak kesah
 
mangkuk ayun : cis.
 
aku : lagipon aku tak sampai ati, kalo aku betul-betul tulis kang, terkantoi lak ngan diorg, aper diorg kata, depan bukan main baik lg, belakang kutuk-kutuk, diorg bukan tau niat aku, bukan tau personaliti aku.
 
mangkuk ayun : hmm
 
aku : aku kan jenis campak kandang kambing mengembek, campak kandang buaya jadik buaya la aku. walaupun aku tak suka buaya aku tetap leh mencarik kebaikan buaya tuh. haha..
 
mangkuk ayun : mesti diorg paham kan?
 
aku : takda makna nya.
 
mangkuk ayun : ala.. ko layan jer.. kalo kantoi ko explain jer la.. ko kan manipulator, manipulate ler lebey kurang. hehe...
 
aku : manipulate la sangat.
 
mangkuk ayun : susah susah ko isik la ngan movie review ker, techno ker, pc, internet.
 
aku : dah berlambak.. google jer...
 
mangkuk ayun : hampeh tol... org bagi nasihat tak nak.
 
aku : yang ko konsern sgt nih pesal.
 
mangkuk ayun : aku tengah bosan.. lama tak bergadoh
 
aku : hampeh...
 
mangkuk ayun : tapi serius, baik ko start bloging. alang-alang dah ader. nampak cam tak pro si vexedprob nih ader blog cam nih
 
aku : apa ada pada title pro tuh? aku memang bukan pro pon.
 
mangkuk ayun : lantak ko la...
 
 
 
Dan selepas beberapa lama per'debatan' ini berlangsung, Si mangkuk ayun nih tensyen. Tapi aku terpikir ader betul gak dier cakap, blog nih takder isi. URL pon aku bagi nak tunjuk layout baru jer. Mungkin setelah dibakar, benda kan berubah? atau kemalasan akan mengatasi ego? Sanggupkan aku mengutuk dengan bebas kembali? Adakah kutuk mengutuk dan bersikap terus terang itu masih lagi aku? Ataupun bersifat mengambil hati itu aku yang baru? Aku selalu cakap aku mencari kawan yang bagai cermin biasa, tapi aku dah menjadi cermin ajaib. Mungkin aku akan lepaskan kuasa 'ajaib' ini dan menjadi cermin biasa kembali...
 
p/s Dialog antara aku dan mangkuk ayun itu telah diubah dengan sepenuhnya tanpa mengubah maksud untuk post ini kerana ada beberapa benda yang tak akan aku post di mana-mana dicelah-celah dialog itu. Takkan aku nak bagi 'kriptonite' aku kat semua orang kan?