Hard Disk @ DVD?

Dengan tidak berbaju, secawan nescafe panas didepan, dan tak jemu-jemu mengadap kotak itam aku nih, aku sekarang  ini sedang  berusaha sedaya upaya untuk mengosongkan cerita-cerita didalam hard disk aku dengan mem'bakar'nya ke DVD kerana kapasiti hard disk aku in masih tidak dapat memenuhi keperluan aku dan dapat aku rasakan selagi tangan ini boleh memegang mouse, ianya takkan cukup. Sekarang aku pakai 2 hard disk, 1 Maxtor IDE hard disk 160GB yang aku curik dari Sempron lama aku (dan meninggalkan hard disk 20GB untuk kegunaan harian adik aku :P ) dan satu lagi hard disk Seagate Sata 200GB yang aku beli sekali dengan Atlon aku nih. Dan kapasitinya sudah semestinya nyawa-nyawa ikan. Kalau tidak, takder nya aku nak 'bakar-bakar' DVD nih.

Sambil menunggu DVD ke-5 aku ini di'bakar', dan jugak melihatkan kuantiti DVD+R aku yang semakin susut ini, aku tertanya-tanya,

"Hard Disk @ DVD?"

Satu persoalan yang sungguh menarik bagi aku, dan seingat-ingat aku, sudah beberapa kali persoalan ini timbul dikala dialog box yang menarik itu kelua di taskbar aku,

"Your drive is almost full, please bla bla bla..."

Jadi soalannya, perlukah aku beli hard disk baru, atau beli DVD kosong dan meneruskan aktiviti mem'bakar' ini dari semasa ke semasa. Hmm, nampaknya persoalan ini perlu dipertimbangkan sekali lagi.

Pros

Hard disk - Sebuah hard disk mempunyai kapasiti yang besar dan agak menyenangkan hidup. Untuk 'mobility' pula masih boleh di mudahkan dengan menggunakan external adaptor. Dengan hard disk, aku cuma perlu copy, past, download, tanpa perlu aku melalui sesi membakat ini yang mana amat dialu-alukan oleh kemalasan aku ini. Mungkin selepas beli hard disk yang berkapasiti agak besar, fikiran aku akan tenang dari masalah ini buat seketika walaupun di suatu ketika dulu aku pernah memperkecilkan kebolehan aku untuk memenuhkan hard disk seperti sekarang. Sekurang-kurangnya sekarang aku rasa cukup.

DVD - Untuk DVD, selalunya lebih murah, dan lebih menyenangkan untuk dipinjamkan walaupun hati terasa berat untuk melepaskan. Dan jika cd itu rosak, adalah kurang terkilan kerana dalam satu DVD takkan boleh memuatkan lebih dari 10 cerita. Masih boleh dicari balik.

Cons

Hard disk - Hard disk adalah kalau diikutkan lebih mahal dari pada DVD. Dan untuk jangka masa panjang, agak susah untuk penyimpanan kerana jarang-jarang orang ader rak untuk Hard disk (walaupun aku kenal sorang yang ada). Motherboad aku mungkin cukup untuk memuatkan mazimum 6 Hard disk jika aku tidak menggunakan CD Rom. Dan penggunaan tenaga nya adalah tidak memberangsangkan. Nak kena beli power suply baru la jawabnya. Lagi satu masalah untuk hard disk, cuba bayangkan takkala hard disk 1TB itu penung dengan lebih kurang 1000 cerita terisi didalamnya, tah macam mana terjatuh (atau pun aper-aper defect yang mungkin berlaku), mau luruh jangtung aku.

DVD - Untuk DVD pula agak melecehkan kerana aku terpaksa ada sesi mem'bakar' seperti sekarang yang mana amat memakan masa. Dan satu lagi masalahnya adalah apabila DVD-DVD ini dipinjam, kebarangkalian untuk dipulangkan balik amat-amatlah rendah. Kepada member-member aku, aku masih menunggu DVD aku tuh walaupun aku dah terlupa cerita apa korang pinjam. Dari segi 'reliability' pula, DVD amat-amatlah tidak boleh diharap, kerap juga la ianya tidak boleh dibaca.

Price/Capacity ratio


Untuk ini kita bukak balik buku matematik darjah 5.


Soalan:

1.) Jika satu 50 keping DVD berharga RM50, dengan kapasiti 4GB setiap satu, berapakah kapasiti yang boleh didapati dengan RM400?

Jawapan:

RM50 = 50pcs
50x4GB = 200GB
RM50=200GB
RM400=1600GB/1.6TB

Hard disk RM400 = 1TB

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa hargaya takda la berbeeeezaaaa sangat. Lebih 600GB jer DVD dari hard disk. Uhuk...

Kesimpulan

Atas sebab sebab tersimpul kepala otak nih, dan jugak dalil-dalil diatas, aku rasa baik aku beli DVD jer la. Jangan layan sgt kemalasan aku nih.

Dan aku jugak tak dapat bayangkan la kalau aku beli hard disk 1TB, pastuh bila dah penuh, dengan kandungan yang lebih kurang 1000 cerita tuh, tiba-tiba dibuatnya nak kene, rosak, huhu, mau seluruh jiwa raga aku hancur, 3 hari 3 malam aku berkabung. Jadi untuk mengelakkan aku jadi gila dikemudian hari, baik aku beli DVD jer la.


*Hasil tangan aku hari nih*

Before


After




Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

2 comments:

.:GaDiS KaLiS PeLuRu:. said...

oit xde sb ke.mna sb?? letak la sebijik

Pelawak Durja said...

malas. dah buang dah... hahaha...