Apa yang aku boleh katakan? Sebenarnya aku kadang-kadang malas nak tengok citer melayu. Tapi sebab semangat kemelayuan aku yang tinggi, dan semangat nak support cerite tempatan, dan sebab member aku ajak, aku pegi la tengok citer nih. Nasib baik Twilight tak showing. Kalo tak mau hilang aku. Ahak.. tunggu DVD Rip sudah.
Cerita nih bagi aku boleh la nak dilayan. Kalau dibandingkan dengan citer tempatan yang lain, kire ader gak la halwa mata untuk aku. Grafik dier average la. ader scene yang lawa. Ada yang katun sgt. Tapi aku tak kesah. Aku tau, takan nak buat orang betul kene langgar. Tapi apasal citer omputih buat cam real jer. Hmm...
Pasal premis dia kire boleh la jugak. Pasal nak konker dunia dengan mencemarkan air. Cuma apa yang aku tak suka pengolahan dia. Takder detail. Lepas tuh, jalan cerita plak, nipis sangat. Cam malas nak pikir jer. Ader ke patut, si Profesor tuh boleh dapat sokongan orang dengan satu ucapan jer. Rasa cam nak kelua panggung jer masa tuh. Tapi tak tau la kot-kot mentaliti penduduk metrofulus memang senang di tipu media. Kalau dia boleh buat cerita nih detail sikit, agak-agak aku mesti best.
Amani, nasib baik la ader awek buta nih. Bleh gak aku layan jiwang. Dulu aku suker tengok minah nih masa dier rambut panjang. Sekarang nih aku tgk jer la.
Apek, aku rasa aku dah bosan dengan lawak fizikal yang dibuat-buat. Aku duk tunggu-tunggu cerita dier yang secara fizikal dier nih cool, tapi lawak dari segi ayat, atau perkataan, bukan lawak yang dibuat-buat.
Jadi cerita ini, selepas aku bukak minda, rendahkan rate aku, aku rasa masih boleh dilayan.
No comments:
Post a Comment