5 Centimeters Per Second (2007) - Aku tak perlukan jalan cerita untuk ini.

Aku selalu cakap, lebih-lebih lagi untuk cerita tempatan, aku tak perlukan grafik yang pawer-pawer, aku tak perlukan efek yang cun, aku tak perlukan cerita yang bajet tinggi-tinggi, aku paham yang teknologi, bajet adalah limited. Tapi ada suatu yang boleh diekplore, ada suatu yang boleh di gunakan, ada suatu yang boleh di ambil kesempatan, iaitu masa, ketelitian, jalan cerita. Aku masih menunggu-nunggu cerita sebegini. Amik masa selama mungkin, beri ketelitian terhadap jalan cerita, bagi cinimatografi yang cun-cun, motif dan aper-aper lagi la yang patut. Apa guna grafik lawa, bajet tinggi, tapi jalan cerita hampeh.

Tetapi, ada satu cerita, anime jepun, yang aku kagumi. Satu cerita yang tanpa jalan cerita, dapat membuatkan aku tercongok didepan monitor aku nih. Yang tanpa suara dapat membuatkan aku merenung setiap scene. Satu cerita yang boleh membuatkan aku terlekat di kerusi plastik ini selama 1 jam 2 minit 45 saat tanpa memahami aper cerita itu.

Serius, kalau cerita ini hanya ada gamba, tanpa suara, tanpa jalan cerita, aku tetap akan habiskan setiap scene. Aku sukakan detail lukisan untuk cerita ini. Memang lawa.









Kalau korang ada masa, aku sarankan korang cari cerita nih.


Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: