/* open id */ /* open id */ The Untamed Problems: Lari kedarat

Friday, February 06, 2009

Lari kedarat

Hidup penuh kepura-puraan
apa yang dilihat belum tentu hakikat
apa yang tersurat belum tentu kenyataan
yang tersirat dilihat
tak pasti mana arahnya

Hidup mengikut arus
kadang-kadang hanyut ke tepian
tersangkut pada akar
tengelam dalam lumpur
ingin cuba menongkah arus
tetapi keringat tak terdaya
patutkah aku terbalikkan perahu
berenang ketebing naik kedarat?

Berjalan didarat belum tentu tiada rintangan
kadang-kadang kena melompat
kadang-kadang kena memanjat
tersilap menapak terpijak duri
tersilap sendeng terpalit sembilu
tapi aku boleh jadi aku
berlari ketika perlu
berjalan ketika mahu
berhenti rehat dibawah pohon kayu.

-vexedprob 4jan09 0313H-

2 comments:

Anonymous said...

Dah pandai berpuisi

p/s: mede

vexedprob said...

masa-masa tension best gak mengarut. ahak...