Aku masih PUNK

Punk, zaman muda-muda mengamit kenangan. Punk, Skins, Nadzi, sesetengah orang selalu melatah. Memang kalau diikutkan mereka selalu dikaitkan dengan ketidakstabilan moral, tidak beretika, kebaratan dan lain-lain cemuhan yang biasa diberikan. Tapi pada dasarnya, mereka hanyalah sekumpulan individu yang wujud bersama dengan satu ideologi yang sama.

Memang pada dasarnya Punk itu satu. Tapi tiada siapa yang boleh
mendefinasikan Punk itu sendiri secara mutlak. Tiada satu kumpulan pun yang boleh menyatakan yang Punk mereka itu adalah Punk yang tulen. Mereka boleh mencoraknya sesuka hati. Memang aku tak nafikan kebanyakkan kumpulan yang melebelkan diri sebagai Punk, dan lain-lain selalu dikritik sebagai perosak bangsa dan mungkin kenyataan ini kadang-kadang benar tapi tidak secara menyeluruh. Dalam setandan pisang tidak semua itu busuk, tidak jugak semua itu elok. Tetap ada kumpulan yang melayan ideologi Punk tapi masih lagi patuh, masih lagi sivik.

Apa yang keterlaluan hanyalah ada sesetengah terlalu mengikut-ikut perkara negative sehingga melupakan perkara-perkara positif. Jiwa Punk tidak berakhir dengan pergaduhan, vandalisme, ragut, rompak, rogol dan lain-lain. Semua itu hanyalah golongan yang bertopengkan Punk tetapi
hati sudah pun didampingi setan. Tanpa Punk, mereka akan tetap bergaduh, akan tetap vandal, mereka akan tetap mereka.

Perkara utama dalam Punk hanyalah kebebasan.

Punk ideologies are a group of varied social and political beliefs associated with the punk subculture. This article provides a rough generalization of the philosophies of individuals who identify themselves as punks and doesn't completely represent the views of all of those who do so.

In its original nature, the punk culture has been primarily concerned with individual freedom, which tends to create beliefs in concepts such as individualism, anti-authoritarianism, anarchism and free thought. Punk ideologies have often included a critical view of the world; seeing modern day societies as placing extensive limits on humanity. Punk ideologies are usually expressed through punk rock music, punk zines, independently-published literature and spoken word recordings.

Punk culture originated as a movement of shock, rebellion, and discontent; and from certain points-of-view, it has evolved into an overt socio-political movement. The political ideology most often associated with punk is anarchism; however, punk has also been associated with other leftist ideologies such as social liberalism, socialism and communism. Despite the association that punk ideologies have with the left wing, some punks perceive the efforts of leftists as ineffectual, and sometimes just as objectionable as the right wing. Right-wing ideologies have appeared within punk culture, including conservatism and neo-Nazism.

Philosophical ideologies within the punk subculture include atheism, agnosticism and humanism, as well as religious ones such as Christianity, Islam, the Rastafari movement and the Hare Krishna movement (especially amongst 1980s straight edge scene).

Punks sometimes participate in direct action such as protests,mboycotts, and in some cases, violence. Some of the most militant punks have bombed gas stations, destroyed animal research laboratories, altered billboards to include political messages, and occupied abandoned buildings. These acts are committed in an effort to create social change when it is felt that the normal channels for change have been proven ineffective.

Sumber : Wikipedia

Jadi Punk-nya aku hanyalah kepada pemuja kebebasan, kewarasan fikiran yang terlampau, dan pelampau logik. Atas susur jalur hidup aku, aku bebas mengikut undang-undang yang aku ikut, selagi tidak ditindas, selagi tidak disepit, aku takkan menggigit.

Kewarasan dan logik. Takkan ada satupun yang akan melayan kerenah akal dan logik sepenuhnya seperti Islam. Setiap persoalan dijawab, setiap logik disokong oleh dalil-dalil yang kukuh. Setiap suruhan, setiap larangan, ada sebab-sebab jika akal sedia mentafsir. Jadi aku bebas. Bebas menjadi Punk, cara aku.

Punk Aku.

Kalau dulu, semangat kePunk-an dalam kumpulan amatlah terasa. Kami bebas buat apa yang kami suka dalam kebudak-budakan mengikut kepala kami, dalam norma-norma melayu. Bergaduh. Kalau tidak disekat, kalau tidak dikacau, tebuan takkan menyegat. Tapi sentuh salah seorang, semua akan terasa, semua akan mengambil kesempatan menunjuk kejagohan.

Pakaian, 3/4 Pant, T-shirt, Cap. Set ini bagaikan pakaian 'rasmi' aku. Pakaian identiti aku. Aku rasa pakaian aku ini bagaikan diilhamkan dari corak pemakaian Hardcore/Pop punk/suka hati aku. T shirt yang aku pakai selalunya bercorak/bertulisan rebelious atau pun sekurang-kurangnya membuatkan aku berfikir, salah satu cara deklarasi personaliti aku. Dulu aku suka pakai baggy pant, Tapi tah kemana semua seluar aku itu.

Tapi itu dulu, sekarang, walaupun aku masih lagi suka berpakaian sama, tapi hidup aku hambar. Mengikut arus. Aku masih tetap bebas memilih, tapi aku takut untuk memilih jalan lain. Punk lagikah aku?

Fikiran aku masih waras, fikiran aku masih bebas. Aku tetap aku, tapi aku tak suka jalan aku sekarang. Jalan berturap tar, berjalan selesa, tetapi sesak. Penuh dengan kereta-kereta bising, kemalangan disana sini, hiruk pikuk bunyi enjin. Penuh jugak dengan manusia yang mengejar ketiadaan. Mahu saja aku rempuh belukar buat jalan sendiri.

Tapi, jiwa aku tetap Punk, Punk cara aku, PUNK FOR LIFE...

I am living a dying life, with the pride of a Living Dead...

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: