Sekeras Segumpal Kapas, Selembut Sebiji Batu, Sesedap Sepinggan Nasik.

Keras, lembut, sedap, kuat, lemah. Semua bagaikan tiada makna bila kewarasan merajuk. Logik hanyalah pembolehubah yang boleh bertukar mengikut perasaan. Sekeras-keras batu yang menjamah kepala terasa lembut bila kemarahan menguasai, Sesedap sepinggan nasi di waktu kelaparan terasa tawar bila hati tak sudi merasai.

Aku selalu ingat aku kental, keras kepala, tak kesah apa yang orang cakap, secara pendeknya, BATU. Aku buat apa yang aku suka, aku tinggal yang aku benci. Penilaian luar hanya cebisan pendapat yang boleh aku simpan atau ronyok campak ke lantai. Ada aku kesah? Dan aku selalunya bermain atas benang nipis antara baik atau buruk, lawa atau hodoh, gelap atau cerah. Aku tak kesah salah asalkan aku rasa aku betul. Kalau aku cakap hitam, hitamlah walaupun sebenarnya ia putih. Dan korang takkan dapat tukar aku dengan mudah.

Sekarang, satu kuasa yang pernah aku takuti datang menyapa. Kuasa yang aku selalu menjauhkan diri, kerana aku tau, kuasa itu boleh mengangkat manusia setinggi-tingginya, atau menghempas manusia jatuh kebumi. sebelum ini aku takut. Tak apa la tak dapat terbang pun asalkan aku tak jatuh terhempas. Sakit. Tak pernah aku tergerak untuk buka pintu rumah aku walaupun ia datang merisik.  Aku sembunyi dalam bilik, aku lari keluar tingkap.

Tapi, kali ini ia datang mengetuk lagi, selepas aku banyak terjatuh, selepas aku banyak terluka. Walau tanpa ia aku tetap terluka. Walau pun aku tak boleh terbang aku tetap jatuh, aku tetap sakit. Datangnya kali ini membawa penawar. Ubat untuk luka-luka aku. Bawa aku terbang setinggi-tinggi. Bawa aku pergi laju-laju.

Sekarang aku rasa, kalau pun aku jatuh, aku takkan menyesal. Mungkin juga aku takkan rasa sakitnya. Kerana aku ada penawar, aku tengah 'high' dengan 'adreneline'. Semua sensor aku bagaikan tidak berfungsi, Tersangkut di dahan pokok, aku ketawa, gilakah aku? Pemuja logik ini nampaknya sudah tidak waras.

Gembira, takut, bahagia, sunyi, rindu, cinta, cuak, lega, geram, marah, cemburu, pasrah, kepercayaan. Aku diajar makna baru bagi segala benda. Bagaimana takut boleh meriangkan, bagaimana bagai mana cuak boleh memberi ketenangan, bagaimana gembira kadang-kadang menyakitkan. Dan bagaimana rasa cuak boleh bertukar kepada lega yang teramat-amat sangat hanya dengan satu gelak. Satu tawa, yang boleh menghalau segala duka.

Dan aku tak kesah. Aku masih batu, tapi aku tidak keras. Kadang-kadang aku kapas, tapi aku tidak lembut. Sekeras-keras berlian masih boleh dipotong kalau diikut uratnya. Nasi yang sama boleh jadi sedap, boleh jadi tawar, dengan hanya mengubah fikiran.

Aku adalah aku, Aku adalah batu, dan aku juga adalah kapas. Aku tak kesah. Tapi yang paling paling penting, aku suka makan nasi. Lapa...

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: