The Untold 'Fobia' - Why I Hate Cicak

Today I once again asked, what is the least favorite animal?, and once again I chose 'The Lizard'. Yeah it's the tiny little house lizard. Don't get me wrong, its not that I can't stand lizard. As a kampung boy, lizards was my play things along with the slimy worms, grasshoppers, beetle, spiders and all those adorable crawly creatures. But I actually cannot stand it in my own awkward way.

I am actually an animal lover. Not in the way I pet them, but I like interacting with them. It seems like that I can get along so well with those who don't understand my words and don't really have to think about anything else accept how to stay alive. I onced play with a sheep that can follow me around without leash, a cow that will come to me asking to scratch the ears, and a whole bunch of cats that I can cuddle whose straying around my house, even if I don't really own them all. I never had any pets as I'm to lazy to feed them. So why do I hate lizard. Actually, there is a story behind it. A story that will take us to the year 1999, when I was in form 4. And here is the story...

(the story is written in BAHASA for more dramatic feeling. And I must warn you, don't read this after or while you're eating)

Okey, cerita ini aku ingin mulakan dari masa aku balik dari sekolah pada tahun 1999, ketika aku tingkatan 4. Ketika itu aku baru balik dari program sukan sekolah aku dan kalau tidak silap, masanya adalah kira-kira selepas asar. Sepatutnya aku menelefon ayah aku untuk menjemput aku pulang, tetapi alang-alang aku sudah berpakaian sukan, aku rasa baik aku berjalan balik sahaja. Jarak dari sekolah aku ke rumah adalah agak jauh, dan mungkin hari itu aku tidak berapa 'center' sikit, aku mengambil keputusan itu.

Dalam perjalanan balik itu, aku singgah di sebuah gerai keropok lekor, dan aku membeli keropok lekor sebanyak 50sen (5 batang). Jadi, sambil aku berjalan balik, aku dengan asyiknya menikmati keenakan keropok lekor itu. Ketika aku menghabiskan sebatang keropok, aku perasan yang dalam pencicah keopok aku itu, ada seekor ikan bilis yang agak besar saiznya. Walaupun biasanya pencicah keropok sepatutnya tidak mengandungi ikan bilis, tetapi aku tidak menghiraukan sangat kerana aku rasa mungkin ini resepi pencicah gerai itu.

Jadi sambil aku terus berjalan, aku terus menghayati ketiap kunyahan keropok itu dan selepas beberapa ketika, ketika aku mengambil keropok yang terakhir, aku cuba perhatikan ikan bilis itu. Dalam perasan tak perasan aku tengok yang ikan bilis tuh lain macam sikit. Aku perasan yang ikan bilis itu kelihatan seperti berkaki. Aku pun cuba meneliti ikan bilis itu dengan lebih dekat lagi. Lalu dengan tidak semena-mena keseluruhan keropok lekor dan jugak sedikit hidangan yang aku makan tengah hari itu bertaburan di atas tanah ditepi jalan. Rupa-rupanya, benda yang aku sangkakan ikan bilis itu adalah seekor cicak yang sudah penyek. Dengan perasaan yang tidak menentu, aku terduduk ditepi jalan itu memikirkan peristiwa yang baru berlaku itu. Dan disaat itu jugalah, aku telah berjanji tidak akan menjejakkankan kakiku lagi ke gerai itu.

Walaupun peristiwa ini tidak membantutkan perjuanganku melastik cicak di hari-hari selepas itu, tetapi, memegang cicak yang hidup sedikit sebanyak telah menggelikan aku. Dan sejak itu jugak, aku tidak lagi akan makan ikan bilis yang tidak berada di tempat yang sepatutnya. Walau pun aku masih makan ikan bilis goreng ataupun sambal ikan bilis, tetapi jika hidangan yang sepatutnya tidak mengandungi ikan bilis, seperti sayur air ataupun seangkatan dengannya, akan ku kuis-kuis ikan bilis itu ke tepi walaupun aku yakin yang ikan bilis itu tidak berkaki. Dan sampai kehari ini, aku masih tidak menyukai/fobia dengan si ikan bilis berkaki itu.

(walaupun cerita ini adalah kisah benar, tetapi sesetengah perincian dalam cerita ini adalah rekaan/agakan penulis semata-mata bertujuan sebagai penyedap cerita. Sekian)

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: