Minggu Giler.

Ya, minggu ini agak kecoh buatku. Semuany gara-gara "awek" ku si EOSy nih. Dier yang sakit aku plak yang sengsara (ok tak definasi untuk awek nih?). Haha.
 
Kenapa Si EOSy aku nih sakit? First penyakitnya adalah selepas trip aku ke Terengganu. Lense AF 70-300 dier tiba-tiba lekat tak boleh dibuka. Selepas aku hantar pegi Canon SC, rupa-rupanya lense tuh dah patah kat dalam. Jadik aku peram la seketika.
 
Penyakit kedua, aku dapat pertama kalinya kesan ketika ader Hot Air Ballone Festival dekat Putrajaya. Auto fokus kit lense 450d ku tuh plak meragam. Dier taknak fokus. Maka dengan tak segan silu aku telah meminjam kit lense 350d dari member aku untuk sementara waktu.
 
Jadi minggu ni aku terbuka hati plak nak pi repair semua bendalaah tuh sbb aku keje malam, jadi siang masa office hour belh la aku pegi, kata otak aku yang tak berape center. Hari selasa hari tuh, lepas balik keje lebih kurang pukul 9 pagi, aku tidur la seketika sampai ke tengah hari. bangun dari tidur, selepas bersiap-siap+makan ala kadar, aku pegi la ke Canon SC dekat Subang dengan Kuda cabuk aku tuh digagahkan dengan setin Livita. Lepas aku tinggal kit lense 450d aku, aku pun terus ke Futuromic, tamron punya SC dekat Kota Damansara. Sampai je aku dah flat, aku singgah la dekat rumah makcik aku dekat Kelana Jaya. Makan nasik lemak sepinggan, pastuh tanpa segan silunya aku  tidor atas kerusi malas...
 
Pukul 6 petang aku balik ke Bangi, bersiap pegi keje.
 
Keesokan petangnya aku dapat call dari Futuromic,
 
"En T(bukan nama sebenar), lense En dah siap, dah boleh datang amik yer terima kasih"
 
"Berapa cas nya?" Tanya aku sambil berkira-kira duit dalam poket.
 
"Tak payah bayar En, warranty cover lagi"
 
Dengan tersenyum aku menamatkan panggilan itu lalu pun menyambung kerja aku yang diganggu tadi, tidur...
 
Aku ingat mesti lense Canon aku tuh tak siap lg minggu nih, minggu depan aku shift siang, susah plak nak monteng. Lagipun kalo tak silap Canon bukak sampai pukul 7.30 kot. Boleh la pergi lepas kerja.
 
Jadi, pagi Khamis semalam, habis saje keje, berbekalkan setin Redbull, aku menunggan kudaku ke Damansara. Dengan hati berbunga-bunga aku tekan loceng lalu masuk penuh harapan. Keluar sahaja dari bangunan itu, di tangan ku adalah EOS aku dengan lence 70-300 itu dan beberapa gamba diambil untuk melepas gian. Sambil dok menembak tu aku cuba-cuba la call Canon CS.
 
"Hari Selasa hari tuh saya ada hantar lense, saya tau baru 2 hari tapi saya sekarang ada dekat-dekat kawasan tu jadi bleh saya tahu status tak?" tanya aku penuh sopan santun bak lelaki melayu sejati.
 
"Boleh saya dapatkan no resitnya tak En?"
 
"bla bla bla" aku memberi no resitnya.
 
"Sebenarnya tak siap lagi, tapi sebab En ada dekat-dekat sini nanti saya sambungkan kepada technician. En tanya la bila boleh siap" kata awek yang jawab telefon itu.
 
"Prot pret prot tuuutttt..." Perbualan aku dengan lelaki itu
 
"En T, lense En T ni kami bleh siapkan paling awal esok."
 
"OK" kata aku dengan hampa.
 
Lalu aku meneruskan perjalanan aku ke Gombak pula untuk singgah di rumah makcik aku yang lagi satu. Dan dengan berbekalkan nasi goreng+daging goreng+ayam kari, aku pun tidor dengan perut yang senang dirumah makcik aku ini.
 
Keesokan harinya ketika aku sedang tidur selepas pulang dari kerja, lagu Butterfingger-Garden City Of Light berbunyi menandakan masuknya mesej kedalam NGAGE ku.
 
"Your lense bla bla recipt no bla bla has finish bla bla please pick up bla CHARGE FREE bla bla"
 
Dan dengan hati yang berbunga-bunga membaca 2 perkataan utama diatas, aku pun menyambung proses hibernasi aku sehingga ke tengah hari.
 
Tengah hari itu selepas solat Jumaat, dan selepas memenuhi keperluan zahir perutku, aku terus menuju ke Subang. Selepas setel hal ehwal pengambilan balik lense aku tuh baru aku perasan yang aku luper nak cas kedua-dua bateri kamera aku. Dengan penuh kemusykilan aku menuju kerumah. Selepas lvling Tanker aku dalam Luna online yang aku abaikan minggu ini seketika, terpaksa lagi aku menuju ke tempat kerjaku malam ini.
 
Esoknya, mampukah aku menghabiskan minggu ini tanpa pengsan akibat kekurangan tidur? Esok pukul 7.15 pagi aku kene menghadirkan diri ke Walkaton (bukan megatron) anjuran saper tah dekat NIOSH. Selepas itunya pula mungkin akan aku ke Gelangang futsal memberi sokongan kepada team Office aku yang menyertai perlawanan Futsal antara Department. Kenapa aku tak join? Kaki aku dah tak kenal bola. kang kaki jugak yang dier carik. Dan malamnya, walaupun ada kemungkinan besar aku tak nak / tak larat nak pegi, adalah perlawanan akhir bolasepak Kelantan-Selangor.
 
Dengan berbekalkan sedikit tenaga yang ada, dan eyebag di mata, akan aku gagahi malam ini seadanya. Sekian

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: