Aku tinggi lebih 1 inci?

Aku kadang-kadang heran. Apasal pagi-pagi aku rasa macam aku lagi tinggi lebih kurang 1 inci?

Macam mana aku perasan?

Ceritanya macam nih. Aku sekarang nih kene pegi keje awal-awal pagi. Jadi, tiap-tiap pagi aku bawak kereta sejauh 60km. Dalam perjalanan tuh, aku perasan aku kene adjust cermin pandang belakang aku tuh ke atas. Masa aku nak balik plak aku kene turunkan balik. Maknanya aku lebih tinggi waktu pagi.

Mengapa fenomena ini berlaku?

Mengikut research yang aku lakukan, fenomena ini berlaku disebabkan oleh GRAVITI. Ya, sesuatu yang ditemui oleh Sir Isaac Newton ini adalah bertanggungjawab memendekkan aku di waktu petang.

Sewaktu tidur, badan aku berlunjur dan tindakan graviti menarik kebelakang. Ini mungkin mengakibatkan perut aku semakin kempis(kene buat research bab nih plak nih). Tetapi, bila kita bekerja, bangun, berjalan-jalan, tindakan graviti sedikit sebanyak menarik tulang-tulang menjadi semakin rapat sesama mereka akibat beban berat dan tarikan graviti ini. Maka secara tidak langsung aku menjadi semakin pendek.

Jadi, mana satukah tinggi sebenar aku? yang tinggi atau yang pendek? Mungkin selepas ini kita kena selaraskan kalau nak ukur tinggi kene amik masa nak bangun tidor, baru selaras. :P

Kesimpulan.

Kejadian ini belum dibuktikan kebenarannya. Mungkinkan aku cukup gila untuk mengukur tinggi aku di waktu pagi dan waktu petang? Buat masa ini Experimen ini hanya sebagai hipotesis sahaja.

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: