Setan Budeg - Cerita Indon yang aku layan setelah sekian lama

Setelah sekian lama aku malas nak tengok cerita indon, akhirnya aku terlayan jugak cerita ini.

Sepertimana diketahui, aku amat-amatlah 'skeptical' dengan cerita melayu malaysia/indonesia lebih-lebih lagi cerita seram. Memang selalu kalau aku tengok, yang sepatutnya seram pon aku layan gelak. Hantu-hantunya hampeh. Tapi aku tengok, semenjak dua menjak nih, efect untuh hantu makin menjadi. (Aku tertengok cerita Keliwon).

Jadi kenapa aku tengok cerita hantu ni? Sebenarnya aku pernah tertengok sepintas lalu cerita pocong vs aper tah, aku tengok efek hantu dier cam menjadi. Terasa gak nak freshkan balik otak aku dengan pendapat baru. Lepas tuh aku tertengok promo unofficial cerita nih. Kenapa unofficial yang menarik minat aku? Sebab dier cakap salah sorang pelakun pernah jadik model majalah p*ayboy*. Ahak. Jadik aku yang tengah sengal/bosan pon download la cerita itu dan pada petang tadinya aku layan.

Scene 5 minit yang pertama,

"Waa.. lawa scene. tak tau plak cerita indon bleh buat feel cam nih"

Dengan kamera+cinematografi (betul ke aku eja?) yang agak menarik, scene dan lokasi yang agak menjadi bagi aku, aku mula tertarik. Kesan khas dalam cerita ini agak menjadi. Aku suke tengok masa first awek tuh kene langgar ngan keretapi. Macam real jer.

*break pi makan jap*
*continiu*

Dan atas sebab gambarnya macam lawa, dah jugak awek-aweknya yang agak seksi (hehe) aku pun terus la melayan cerita ini.

Cerita mengisahkan seorang awek yang bisu dan pekak mati dilanggar keretapi, dan bangkit kembali untuk membalas dendam. Semua yang terlibat dengan pembunuhannya secara langsung atau tidak langsung dibunuh. Sehinggalah akhirnya diketahui siapa "dalang" disebalik kejadian itu.

Macam menarik jer kan bunyi cerita ni. Simple. Cerita ini diolah dalam gaya lawak yang kadang kala mencuit hati dan selebihnya mencuit rasa menyampah. Biasa la, aku memang tak suka cerita lawak bodoh. Dan setelah habis cerita ini aku tonton, aku ishtiharkan, cerita ini TAK BEST, HAMPEH...

Ya walaupun pujian boleh diberikan kepada gambar, awek seksi, premis cerita dan lain-lain lagi yang dinyatakan diatas, cerita ini kurang menarik pengolahanannya. Jalan cerita yang agak berterabur, kemunculan hantu yang tiada motif dan yang paling penting kurang ketelitian terhadap perkara-perkara kecil.

Cuba perhatikan situasi ini.

Anda baru sahaja ingin mandi. Anda sedang memakai jubah mandi yang teramat seksi dengan bra hitam yang jelas kelihatan. Sedang anda melihat cermin, tiba-tiba anda perasan di dahi anda ada darah. Apa anda lakukan?

kalau ikut logik, sudah tentu lah anda akan cuba lihat luka itu dan cuba mengingati bilakah anda terluka. Tapi dalam cerita ini si awek itu menjerik bagai nak rak tanpa sebab. Takut sangat ke tengok muka dia sendiri?

Satu lagi situasi.

Seorang perempuan sedang cuba membunuh diri, anda cuba memujuknya. Di suatu ketika anda dapat memegangnya.

Selepas dah dapat pegang, apahal la mamat tuh pegi lepas balik. Tarik la masuk kedalam dulu. Nak bercerita pon selamatkan la dulu awek tu. Kan da tak pasal-pasal terjatuh. Walau pun efek jatuh nya itu macam real, tetapi, logik la skit.

Atas sebab-sebab kurangnya ketelitian kepada logik-logik kecil itu lah (erk, cerita hantu logik ke? Ade aku kesah?) aku menyatakan cerita ini masih tidak cukup memuaskan halwa nafsu aku. Walaupun aweknya memang seksi, dah adengan-adengan bogel yang tak nampak berleluasa, ternyata, nafsu serakah aku tidak dapat mengaburi nafsu aku terhadap cerita yang berkualiti.

p/s kalau aku nak tgk awek bogel, baik aku donlot cerita aoi ker, kadena ke, ye tak? Hehe...

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: