Aku Bosan...

Argh.... Aku tak tau kenapa, malam ini aku rasa kosong. Ya, walaupun selepas post terakhir itu, dan selepas melayari internet, aku masih kekosongan. Munkin aku patut mencari sesuatu untuk menggembirakan hati ini. Hari ini bermula seperti hari-hari yang biasa ku lalui, tapi entah mengapa, bila malam menjelang, hatiku pilu, hatiku sayu. Mungkin kerana mood ku telah merudum setelah melihat file yang aku tidak sempat aku buat salinan, hilang dari komputer ini. Ah... itu bukan alasan, aku masih boleh muat turun file itu semula.

Jadi mengapa? Mengapa malam ini perasaaan ku tidak tenteram, hatiku membara tanpa ada yang membakar. Aku perlukan sesuatu untuk melepaskan kemarahan ini, kemarahan yang tidak ku tahu puncanya. Ya... mana mungkin dapat kupadamkan api, jika aku tidak tahu apa yang terbakar. Jika aku telefon bomba sekalipun, panggilan ku itu akan dianggap panggilan palsu, gurauan budak hingusan yang cuba bermain api.

Mungkin dengan coretan ini baraan itu boleh mula menyejukkan dirinya. Mungkin coretan ini boleh mejadi karbon dioksida yang menghalang oksigen dari terus menyemarakkan api itu. Mungkinkah? Mungkin Tidak....

Pelawak Durja

Phasellus facilisis convallis metus, ut imperdiet augue auctor nec. Duis at velit id augue lobortis porta. Sed varius, enim accumsan aliquam tincidunt, tortor urna vulputate quam, eget finibus urna est in augue.

No comments: